ISLAM AGAMAKU.. ^_^

damansara specialist .. can i help you ? haha

Thursday, January 6, 2011

ROKOK ADALAH SEJENIS DADAH

ketagih rokok






























ROKOK SEJENIS DADAH 
Dipetik dari web : Pusat Racun Negara, USM

Merokok sememangnya satu tabiat yang digemari ramai. Walaupun perbuatan ini membahayakan kesihatan namun masih ramai yang terus merokok. Merokok boleh menyebabkan seseorang itu ketagihan sama seperti dadah. Keadaan ini mungkin mengejutkan kerana kita mempercayai bahawa tembakau tidak mengandungi 'dadah'. Kenyataan ini tidak lagi benar. Walaupun di sisi undang-undang tembakau dalam rokok bebas digunakan, namun kita tidak dapat lari daripada hakikat yang sebenarnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.

Nikotin ialah sejenis dadah haram. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras dengan kajian yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih 90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok. Keadaan ini tidak memeranjatkan, memandangkan perokok akan ketagihan dan cuba untuk mendapatkan bekalan dadah nikotin melalui rokok. Keadaan ini seterusnya akan menjadi satu tabiat hidup mereka.

Tabiat ketagihan yang dihasilkan oleh nikotin adalah sama walaupun jenis dadah yang terlibat agak berbeza. Kesan ketagihan ini mendorong seseorang terus menghisap rokok dan sukar untuk meninggalkannya seperti yang dialami oleh penagih dadah heroin dan ganja. Ketagihan didapati tidak berlaku apabila nikotin 'dikeluarkan' daripada rokok.

KETAGIHAN NIKOTIN


Dadah jenis nikotin yang memberi rasa 'umph' pada rokok. Dalam sebatang rokok terdapat 0.5 hingga 2.0 mg nikotin dan ini bergantung kepada cara ia diproses. Nikotin boleh menyebabkan ketagihan lebih berbanding dengan alkohol (arak) atau dadah kokain. Nikotin juga turut mempengaruhi perilaku seseorang sehingga merosakkan individu dan masyarakat dari segi kesihatan atau sebaliknya. Tambahan pula merokok atau penggunaan tembakau menepati beberapa ciri pergantungan.

Ciri-ciri ini juga dapat diperhatikan pada penagihan dadah yang lain seperti heroin, alkohol dan kokain. Misalnya, selepas tabiat merokok bermula, berlaku peningkatan penggunaan rokok tahun demi tahun. Pola ini juga terdapat pada ketagihan heroin. Mengikut satu kajian, dalam masa tiga bulan 70 peratus daripada mereka yang berhenti akan ketagihan semula. Keadaan ini juga sama dengan penagihan heroin atau alkohol. Laporan daripada Centres for Disease Control and Prevention di Amerika Syarikat pada tahun 1994, mendapati lebih kurang 70 peratus daripada penduduk negara itu berhasrat untuk berhenti merokok manakala satu pertiga cuba untuk berhenti setiap tahun. Namun hanya 2.5 peratus sahaja daripada perokok yang berjaya menghentikan tabiat tersebut. International Union Against Cancer pula melaporkan bahawa paling kurang 30 peratus yang berhenti merokok telah mengulangi tabiat merokok mereka. Kegagalan ini berlaku disebabkan pergantungan kepada dadah nikotin.

KESAN DAN TINDAKAN NIKOTIN 

Sebagai satu bahan dadah psikoaktif, nikotin mudah berkumpul dan bertindak di tisu-tisu saraf dan otak berbanding dengan dadah yang lain. Tindakannya menyerupai asetilkolin, iaitu sejenis biokimia semulajadi dalam badan. Tindakan nikotin adalah lebih khusus pada otot, kelenjar dan sistem saraf. Oleh itu ia berupaya membebaskan beberapa bahan kimia semulajadi yang lain untuk mempengaruhi fungsi otak, merencat tapak-tapak khas (reseptor) di badan, khasnya sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung, tekanan darah, dan otak. Keadaan ini berlaku dalam beberapa saat sahaja. Kesan secara umum ialah tindakannya ke atas otak iaitu rasa khayal dan 'ringan' pada permulaan rangsangan otak. Kesan pada otak boleh menyebabkan seseorang mengalami tolerans, iaitu penyesuaian badan terhadap kesan-kesan seperti mual, muntah-muntah, atau kepeningan yang sering dirasakan apabila mula-mula merokok. Keadaan tolerans inilah yang seterusnya mendorong kepada kesan ketagihan atau pergantungan kepada nikotin.

Umumnya nikotin tidak menyebabkan barah, tetapi dalam proses merokok, perubahan kimia boleh berlaku dan menyebabkan bahan ini menjadi karsinogenik. Akibat rangsangan otak, kesan nikotin pada saluran darah dan jantung menjadi ketara. Apabila terlalu banyak merokok, nikotin akan menekan kadar jantung dan tekanan darah, berlakunya kurang selera makan dan penurunan berat badan yang ketara berbanding dengan mereka yang tidak merokok. Keadaan ini berkaitan dengan pengaruh nikotin ke atas hormon-hormon tubuh.

Seseorang akan menghadapi kesan-kesan yang berbeza bergantung kepada cara menghisap rokok yang juga berbeza-beza. Ia bergantung kepada cara seseorang itu menyedut dan kadar kekerapan sedutannya. Tambahan pula setiap rokok mempunyai kandungan nikotinnya tersendiri. Amalan merokok berterusan akan memberi kesan kepada tisu-tisu lain menyebabkan penyakit bronkitis (radang dalam saluran pernafasan), penyakit jantung dan penyakit saluran darah.

KESAN KERACUNAN NIKOTIN

Kes keracunan nikotin menunjukkan kesan yang teruk. Ia bermula dari mual dan muntah-muntah, sakit di bahagian perut, cirit-birit, pening-pening, gangguan pendengaran dan penglihatan, kekeliruan mental, lemah-lemah otot, perubahan kadar pernafasan dan tekanan darah. Keadaan ini jika tidak diawasi akan membawa maut. Situasi ini juga boleh berlaku kepada penanam tembakau. Mereka boleh dihidapi penyakit 'tembakau-hijau' kerana sering terdedah kepada embun yang mengandungi nikotin pada daun tembakau. Resapan embun melalui kulit boleh menyebabkan rasa mual, pucat, lemah-lemah, kepeningan, sakit kepala dan pepeluhan. Kadangkala mereka akan merasa sakit di bahagian perut, kesejukan, dan air liur yang meleleh. Keadaan yang lebih teruk boleh berlaku seperti sawan, tekanan darah rendah dan pernafasan tertekan. Ini akan menjadi lebih dahsyat sekiranya melibatkan racun makhluk perosak yang bercampur nikotin. 


MEROKOK…. HARAM ATAU MAKRUH

 

 bahaya dadah rokok penagihan pemulihan

Pada satu ketika. pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara.
berhenti rokok dadah
Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada "ahl az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti impak buruk dari rokok kepada tubuh dan kehidupan. Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat berlandaskan maklumat lengkap dari para doctor perubatan atau pakar kimia adalah kurang tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.

Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :-

1) HARAM :

Ia adalah ijtihad oleh majoriti ulama kontemporari termasuk Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, seluruh ahli persidangan Mencegah rokok ( persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah)

Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)

Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun ( seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )

Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut  "Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh "( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346 )
rawatan pemulihan  ketagih dadah  rawat pulih najis bahaya dadah tradisional islam
Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT

" Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" ( Al-Furqaan : 59 ) ; 

Oleh kerana itu, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.

Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya

" Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat" ( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi, Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)
rawatan dan pemulihan dadah dan rokok
Hadith lain pula menyebut :

" Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia menyakiti manusia" ( Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ; Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi' as-Solat, no 876 )

2) HARUS MENGIKUT KEADAAN


Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.

Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan pandangan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan mengganggu, ketika itu, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira maklumat baru perubatan.

Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut :

"Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ;

Ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)

Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan sedikit ubahsuai olahan ) :-

a- Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.

b- Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil.

Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi MEREKA yang belum merokok, dan makruh(dibenci Allah) bagi sesiapa yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya dan masih berusaha. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a'lam.
rawatan pulih ketagihan dadah bahaya pusat pemulihan najis dadah syabu ice pil kuda

ROKOK ADA SEL DARAH BABI

rawatan dadah
ROKOK bukan sahaja berbahaya tetapi kini timbul isu kandungan darah babi di dalamnya.
 KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
 Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

No comments:

Post a Comment