ISLAM AGAMAKU.. ^_^

damansara specialist .. can i help you ? haha

Friday, December 24, 2010

harap2 x jadilah..

SEBAGAI tetamu Bukit Panjang, saya ingin menyatakan kekecewaan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan tersebut, khususnya sistem LRT yang terus menerus mengalami kerosakan selain khidmat bas awam yang selalu lambat. Pada 22 mei lalu, kira-kira 4.55 petang, saya dalam perjalanan pulang daripada kerja dan menaiki LRT dari Stesen Choa Chu Kang menuju ke Stesen Segar. Malangnya, LRT yang saya naiki tiba-tiba terhenti di tengah landasan di antara Stesen Phoenix dengan Stesen Bukit Panjang. Kuasa elektrik terputus dan gerabak LRT tidak boleh bergerak sama sekali. Bantuan dua pegawai SMRT agar ia berfungsi semula tidak berhasil meskipun mereka cuba menggerakkan gerabak secara manual. Akhirnya mereka terpaksa menggunakan satu lagi gerabak lain untuk dicantumkan dengan gerabak rosak itu dan dapat ditolak dari belakang. Malangnya, penumpang tidak diberitahu percantuman ini akan mengakibatkan gegaran kuat. Apabila seorang penumpang menegur pegawai tersebut mengapa beliau tidak memberitahu gegaran kuat akan berlaku, beliau mengatakan beliau ada memberitahu penumpang lain agar memegang pada palang besi di dalam gerabak agar tidak jatuh. Namun, kami yang duduk di pertengahan gerabak yang panas itu tidak terdengar langsung amaran pegawai tersebut ataupun dari sistem pembesar suara. Ini mengakibatkan beberapa penumpang tercampak dari tempat duduk mereka serta terperanjat dengan gegaran tersebut. Dalam hati saya berkata-kata jika gerabak ini terlepas dari landasannya dan jatuh ke bawah, kemungkinan kami sudah terkorban dalam kemalangan ini. Terdapat juga beberapa pelajar yang menangis ketakutan. Mujur tidak terdapat mangsa yang mengalami kecederaan teruk. Selepas 20 minit, gerabak itu dapat ditolak sehingga ke stesen Bukit Panjang dengan selamat. Penduduk Bukit Panjang masih kecewa dengan tahap khidmat LRT dan juga bas yang disediakan di situ. Ini walaupun SMRT pernah disaman Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) beberapa tahun lalu kerana gangguan perkhidmatan LRT yang kerap sehingga menjejas perjalanan penumpang. Saya berharap pihak LTA dapat memantau prestasi pengangkutan awam di Bukit Panjang secepat mungkin demi memenuhi keperluan dan keprihatinan penduduk di kawasan ini.

x agak2 ar! haha

Satu lagi kisah tentang Ustaz nih ialah perihal Kegarangan... Memang muka bengis..mengalahkan komunis. Dia siap warning awal-awal sapa yang buat bising time dia ngajar dia halau keluar kelas. So bila time dia ngajar senyap sunyi sepi cam kat kubur. So satu hari dia tegur sorang course mate aku yang duduk kat belakang... Mamat tuh kelihatan cam gelisah semacam... tersengih-sengih cam kerang busuk kata Ustaz tuh... dia tanya lah... "Pehal kamu tersengih-sengih nih...nak aku halau kamu keluar ke apa hah"... Dengan muka selamba mamat tuh jawab sambil menunding jari kat kawannya kat sebelah yg tengah buat muka "poyo" .." Dia nih kentut la Ustaz... bau busuk tuh tak per laa saya leh tahan..... tapi bunyi nyer kelakar.. mendayu-dayu"..

Se garang-garang Ustaz tuh... dia boleh gelak sampai berair mata. Kami sekelas pun pakat gelak la... bukan senang nak dapat peluang kan. Dia tak dapat nak mengajar hari tuh... dia kata sekelas buat bising. Ngan dia-dia kena keluar kelas.

Wednesday, December 22, 2010

Baby Hatch - Tokoh Agama Semakin Keliru Dan Terpesong

baby hatchbaby hatch












KUALA LUMPUR: Tokoh Islam dalam
 negara bersetuju dengan penubuhan 
Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi
 Tidak Diingini yang pertama di Malaysia,
 yang boleh menyelamatkan bayi yang
 tidak diingini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria,
 berkata bayi yang tidak lagi diingini mesti 
diselamatkan, manakala ibu bapa bayi 
berkenaan harus dikenakan tindakan
 yang keras supaya memberi pengajaran
 kepada orang lain.  

“Saya menyokong langkah Kementerian
 Kementerian Pembangunan Wanita, 
Keluarga dan Masyarakat serta
 Baby Hatch dalam isu ini kerana 
bayi berkenaan tidak berdosa.  
 “Dulu kita tidak bersetuju dengan
 idea seperti ini kerana takut 
menghantar mesej yang salah kepada
 orang ramai terutama remaja, tapi 
pada masa sekarang kita sangat 
perlukan tempat sebegini untuk 
bayi yang tidak berdosa,” katanya 
kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin, Penaung OrphanCARE 
yang juga Sultanah Pahang, 
Sultanah Kalsom melancarkan 
Pusat Perlindungan Bayi Tidak 
Diingini atau Baby Hatch pertama 
dalam negara.   Presiden 
OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir,
 berkata organisasi itu bercadang 
mewujudkan banyak lagi pusat 
perlindungan bayi di seluruh 
negara bagi menyediakan tempat
 untuk bayi yang dibuang atau 
tidak diingini lagi. Baby Hatch yang
 beroperasi 24 jam menyediakan 
tempat perlindungan sihat dan 
selamat kepada bayi terbabit 
\sebelum diserahkan kepada 
keluarga angkat.

Bekas Pegawai Agama Istana Negara,
 Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pula 
berkata, usaha mewujudkan Baby Hatch
 adalah baik kerana ia menjadi tempat
 perlindungan bayi yang tidak bersalah 
serta boleh menjamin masa depan bayi itu.

“Kalau kita pandang dari segi satu 
sudut memang menggalakkan zina 
tapi kita tak boleh biarkan bayi yang
 dilahirkan dibuang dan meninggal begitu
 saja.

Malahan bayi berkenaan boleh diberikan
 kepada pasangan suami isteri yang 
mahukan anak dan Islam menganjurkannya,” katanya.

Penasihat Majlis Agama Negeri Johor, 
Datuk Noh Gadut, berkata gejala buang 
bayi pada masa kini sudah semakin teruk
 dan kerajaan serta pertubuhan 
bukan kerajaan wajar mengambil tanggungjawab
 menyelesaikan perkara berkenaan.

“Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib
 kita sediakan perlindungan kepada mereka,
 mana tahu mereka ini membesar menjadi 
anak yang soleh dan menjadi pejuang negara
 pada masa depan.

“Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu.
 Masyarakat harus bersama mencegah penyakit
 sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang
 cegah zina yang ketat,” katanya.  Beliau turut 
menyarankan masyarakat supaya berfikiran terbuka 
dalam menyelesaikan masalah buang bayi serta 
bertanggungjawab mencegah perbuatan zina
 di kalangan remaja seperti yang disyorkan 
oleh Islam


Tokoh Agama Juga Bersetuju Dengan Penyelesaian Sekular

Amat malang bagi umat Islam di Malaysia 
pada hari ini apabila memiliki tokoh-tokoh 
agama yang melihat penyelesaian yang 
dilakukan oleh pihak sekular bagi mengatasi
 masalah pembuangan bagi dengan
  menyediakan Baby Hatch atau Pusat
 Jagaan Bayi Tidak Diingini sebagai
 sesuatu yang dianggap baik. Setiap persoalan, 
baik ataupun buruk, yang menyangkut 
permasalahan berkenaan kehidupan ini 
sewajarnya diserahkan kepada hukum
 syara’ dan bukannnya kepada akal manusia 
untuk menentukannya. Firman Allah SWT: 
” Kamu diwajibkan berperang sedangkan
 peperangan itu ialah perkara yang kamu benci;
 dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu 
padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu 
suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
 Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui
 (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”.
  [TMQ Al- Baqarah: 216]. Apa yang menghairankan
 kita ialah, mengapa tidak keluar dari mulut tokoh-tokoh
 agama ini seruan ataupun muhasabah agar para
 pemerintah yang ada hari ini mencampakkan
 kehidupan sekular yang menjadi punca 
kepada permasalahan yang berlaku dan
 kembali menerapkan Islam dalam kehidupan
 bermasyarakat dan bernegara. Apakah 
mulut-mulut mereka dikunci oleh habuan 
dunia yang sedikit ini? Apakah mereka
 selesa dan redha dengan kehidupan 
sekular Kapitalisme yang diterapkan oleh
 para pemerintah hari ini? Penubuhan Baby Hatch
 ini bukanlah penyelesaiannya. Apa yang pastinya 
ialah idea tersebut akan terus merosakkan lagi 
kehidupan umat ini.

Sewajarnya pemerintah sekular hari ini
 menerapkan  sistem sosial Islam dalam
 mengatur kehidupan dan hubungan antara 
lelaki dan wanita. Inilah yang sepatutnya keluar
 dari mulut-mulut para tokoh agama ini. 
Faktanya hari ini, kita dapat melihat bagaimana
 rosaknya masyarakat yang hidup dalam 

linkungan kehidupan sekular Kapitalisme yang 
memeluk idea kebebasan baik di Barat mahupun 
di negeri-negeri umat Islam itu sendiri. Pergaulan 
bebas di antara lelaki dan wanita dibiarkan begitu
 sahaja. Tambahan pula para pemerintah sekular
 yang ada pada hari  ini membuka dan memberikan 
peluang seluas-luasanya bagi program-program 
maksiat dan tempat-tempat maksiat beroperasi. 
Tempat-tempat seperti inilah yang  menjadi lubuk
 pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang
 akhirnya menjurus kepada perlakuan zina yang 
mengakibatkan lahirnya anak-anak zina yang 
semakin berleluasa tidak kira samada di bandar-bandar
 mahupun di kampung-kampung. 

Wahai para tokoh agama....ketahuilah bahawa
 ulama itu dikenali bukan hanya sekadar kerana 
ilmunya. Firman Allah SWT: ” Sebenarnya 
yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah)
 Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah 
orang-orang yang berilmu”. 
 [TMQ Faatir (35) : 28]. Wahai para tokoh agama!
 Umat memerlukan para ulama yang berani
 memimpin mereka dan para ulama yang sanggup
 berjuang untuk menzahirkan Islam didalam kehidupan ini.