ISLAM AGAMAKU.. ^_^

damansara specialist .. can i help you ? haha

Friday, December 24, 2010

harap2 x jadilah..

SEBAGAI tetamu Bukit Panjang, saya ingin menyatakan kekecewaan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan tersebut, khususnya sistem LRT yang terus menerus mengalami kerosakan selain khidmat bas awam yang selalu lambat. Pada 22 mei lalu, kira-kira 4.55 petang, saya dalam perjalanan pulang daripada kerja dan menaiki LRT dari Stesen Choa Chu Kang menuju ke Stesen Segar. Malangnya, LRT yang saya naiki tiba-tiba terhenti di tengah landasan di antara Stesen Phoenix dengan Stesen Bukit Panjang. Kuasa elektrik terputus dan gerabak LRT tidak boleh bergerak sama sekali. Bantuan dua pegawai SMRT agar ia berfungsi semula tidak berhasil meskipun mereka cuba menggerakkan gerabak secara manual. Akhirnya mereka terpaksa menggunakan satu lagi gerabak lain untuk dicantumkan dengan gerabak rosak itu dan dapat ditolak dari belakang. Malangnya, penumpang tidak diberitahu percantuman ini akan mengakibatkan gegaran kuat. Apabila seorang penumpang menegur pegawai tersebut mengapa beliau tidak memberitahu gegaran kuat akan berlaku, beliau mengatakan beliau ada memberitahu penumpang lain agar memegang pada palang besi di dalam gerabak agar tidak jatuh. Namun, kami yang duduk di pertengahan gerabak yang panas itu tidak terdengar langsung amaran pegawai tersebut ataupun dari sistem pembesar suara. Ini mengakibatkan beberapa penumpang tercampak dari tempat duduk mereka serta terperanjat dengan gegaran tersebut. Dalam hati saya berkata-kata jika gerabak ini terlepas dari landasannya dan jatuh ke bawah, kemungkinan kami sudah terkorban dalam kemalangan ini. Terdapat juga beberapa pelajar yang menangis ketakutan. Mujur tidak terdapat mangsa yang mengalami kecederaan teruk. Selepas 20 minit, gerabak itu dapat ditolak sehingga ke stesen Bukit Panjang dengan selamat. Penduduk Bukit Panjang masih kecewa dengan tahap khidmat LRT dan juga bas yang disediakan di situ. Ini walaupun SMRT pernah disaman Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) beberapa tahun lalu kerana gangguan perkhidmatan LRT yang kerap sehingga menjejas perjalanan penumpang. Saya berharap pihak LTA dapat memantau prestasi pengangkutan awam di Bukit Panjang secepat mungkin demi memenuhi keperluan dan keprihatinan penduduk di kawasan ini.

No comments:

Post a Comment